TMIYC UNTUK ORANG ‘MUO’
Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Muar cetusan ilham Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor menjadi pusat aktiviti belia ketiga yang siap dibina dan dibuka selepas Johor Bahru serta Renggam, Kluang.
Antara kemudahan disediakan di TMIYC Muar berkelusan 11 hektar itu adalah gelanggang futsal, padang bola sintetik, gimnasium, gelanggang serbaguna, gelanggang sukan lasak, asrama belia, surau, pejabat operasi dan kafeteria.
TMIYC Muar merealisasikan hasrat Baginda untuk memperkasa belia menerusi hab utama aktiviti rekreasi, sukan dan kemasyarakatan yang memberi manfaat kepada lebih 300,000 penduduk di daerah berkenaan.
Fasiliti kondusif melibatkan kos keseluruhan RM25 juta itu memberi peluang Orang Muda Johor (OMJ) terlibat dalam aktiviti sukan dan pembangunan komuniti serta menyemai gaya hidup aktif dalam menjayakan Agenda Xtif Johor.
Dua lagi projek TMIYC iaitu di Pasir Gudang dan Iskandar Puteri dijangka siap serta akan dibuka kepada umum pada tahun hadapan malah kemudahan seumpama itu bakal diperluaskan ke seluruh negeri ini.
Terdahulu, DYAM Pemangku Sultan Johor berkenan berangkat menyempurnakan perasmian TMIYC Muar seterusnya meluangkan masa beramah mesra bersama masyarakat yang hadir khususnya orang muda.
Turut hadir, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor; YB Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani Setiausaha Kerajaan Johor serta YB Tuan Mohd Hairi Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor.
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor