107 PENDUDUK KAWASAN PARLIMEN AYER HITAM TERIMA LESEN MEMANDU MOTOSIKAL


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong bersama penerima Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM) di SMK Suria Perdana, Batu Pahat / Foto Ihsan JPJ Johor.

 

BATU PAHAT — Seramai 107 penduduk di kawasan Parlimen Ayer Hitam menerima bantuan lesen memandu motosikal kelas B2.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong, berkata kesemua penduduk berkenaan menerima lesen memandu motosikal kelas B2 menerusi Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM) selepas memenuhi kriteria yang ditetapkan.

“Menerusi pemilikan lesen memandu motosikal B2 itu diharapkan dapat membantu individu penerima menikmati kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang.

“Ia sekali gus dapat meningkatkan taraf sosio-ekonomi dan momentum penciptaan peluang pekerjaan di mana ianya akan turut memperkasa pendapatan isu rumah keluarga masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Penutupan BLKM Parlimen Ayer Hitam di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Suria Perdana, Parit Raja di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengerusi Jaw]atankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia, Dato’ Zailani Hashim dan Pengarah JPJ Johor, Azmil Zainal Adnan.

Inisiatif pelaksanaan BLKM adalah bantuan khas yang disediakan oleh kerajaan untuk golongan B40 dan masyarakat Orang Asli yang mempunyai kesulitan bagi mendapatkan lesen memandu motosikal kelas B2.

Setiap permohonan BLKM perlu memenuhi beberapa syarat seperti warganegara Malaysia, berusia 16 tahun ke atas, sihat tubuh badan dan mental, tidak mempunyai kecacatan fizikal, tidak tersenarai hitam dalam rekod JPJ atau polis dan belum memilik sebarang lesen memandu.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor