CIQ BSI SEMAKIN TERATUR, USAHA KURANGKAN KESESAKAN DITERUSKAN

YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, mengadakan pemeriksaan mengejut di CIQ Bangunan Sultan Iskandar (BSI) selepas selesai lawatan kerja ke Singapura bagi melihat sendiri keadaan operasi ketika waktu puncak serta meninjau aliran trafik di kompleks berkenaan. | Foto MDJ
#IskandarPuteri – Aspek pengurusan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) menunjukkan perkembangan yang positif apabila keadaan semasa dilihat semakin baik dan lebih terurus, khususnya dari sudut aliran trafik serta operasi ketika waktu puncak.
Penambahbaikan yang dilaksanakan sebelum ini turut membolehkan kemudahan dan lorong sedia ada dimanfaatkan dengan lebih berkesan bagi membantu melancarkan pergerakan pengguna antara Johor dan Singapura.
Pengurusan aliran trafik serta pembukaan lorong mengikut keperluan akan terus diberi perhatian bagi memastikan setiap pergerakan kenderaan dapat dikendalikan dengan lebih lancar, teratur dan cekap, sekali gus membantu mengurangkan kesesakan di kawasan berkenaan.
Penyelarasan operasi antara agensi turut diperkukuh bagi memastikan setiap laluan dan kemudahan di CIQ dapat berfungsi secara optimum, terutama ketika berlaku peningkatan jumlah pengguna khususnya pada waktu puncak.
Komitmen Kementerian Dalam Negeri (KDN); Jabatan Imigresen Malaysia (JIM); Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM); Polis Diraja Malaysia (PDRM); Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA); Jabatan Kerja Raya (JKR); Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ); Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD); Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) serta agensi berkaitan turut penting dalam memastikan operasi CIQ sentiasa kekal lancar, teratur dan selamat.
Usaha penambahbaikan akan terus dilaksanakan supaya tahap perkhidmatan serta keselesaan pengguna dapat dipertingkatkan, selari dengan kepentingan CIQ BSI sebagai antara laluan utama pergerakan rentas sempadan membabitkan Johor-Singapura.
Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, mengadakan pemeriksaan mengejut di CIQ Bangunan Sultan Iskandar (BSI) selepas selesai lawatan kerja ke Singapura bagi melihat sendiri keadaan operasi ketika waktu puncak serta meninjau aliran trafik di kompleks berkenaan.
#JohorSafeZone
#CIQBSI
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


