DUA NASKHAH BAHARU ANGKAT WARISAN JOHOR DILANCARKAN

Pelancaran buku ‘Meh Lah Johor’ serta ‘Antologi Puisi dan Ilustrasi Tokoh Sijori’ terbitan Perbadanan Perpustakaan Awam Johor (PPAJ) dengan kerjasama Perbadanan Kolej Universiti Selatan Johor menjadi usaha memperkenalkan identiti, budaya dan warisan sejarah Johor kepada generasi muda menerusi pendekatan penceritaan serta ilustrasi.
#JohorBahru – Pelancaran buku ‘Meh Lah Johor’ serta ‘Antologi Puisi dan Ilustrasi Tokoh Sijori’ terbitan Perbadanan Perpustakaan Awam Johor (PPAJ) dengan kerjasama Perbadanan Kolej Universiti Selatan Johor menjadi usaha memperkenalkan identiti, budaya dan warisan sejarah Johor kepada generasi muda menerusi pendekatan penceritaan serta ilustrasi.
‘Meh Lah Johor’ diinspirasikan daripada slogan Tahun Melawat Johor 2026 dengan mengetengahkan keistimewaan 10 daerah di negeri ini menerusi pengembaraan watak Aqil yang berasal dari Johor bersama rakannya, Herman dari Indonesia.
Penulisnya, Lah Wan Yee memberitahu idea menghasilkan buku berkenaan tercetus tahun lalu ketika beliau bersama pelajarnya menganjurkan Program Piknik Membaca pada 30 Disember 2025 di Kolej Universiti Selatan sebelum menyedari bahan bacaan kanak-kanak berkaitan Johor masih terhad.
Kisah pengembaraan dua sahabat ini turut diselitkan cerita rakyat, nilai murni dan pengajaran selain menyediakan ruangan khas untuk pembaca mencatat pengalaman bersama rakan atau keluarga sebagai usaha memupuk budaya membaca dalam kalangan generasi muda.
Sementara itu, Penyelenggara ‘Antologi Puisi dan Ilustrasi Tokoh Sijori’, Dr. Bambang Suhartono Md Said memberitahu naskhah berkenaan mengetengahkan 14 tokoh legenda dari Singapura, Johor dan Riau menerusi 14 gabungan puisi serta ilustrasi yang lebih interaktif bagi menarik minat kanak-kanak mengenali tokoh terdahulu.
Kedua-dua buku berkenaan bukan sahaja tersedia dalam bentuk fizikal malah boleh diakses menerusi aplikasi ‘Little Johor Explorer’ bagi memudahkan kanak-kanak yang berkunjung ke PPAJ mendapatkan bahan bacaan secara digital.
#JohorSafeZone
#PPAJ
#BazarBuku
#BBAJ2026
#MembacaAmalanMulia
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


