BEREGU JOHOR BANGKIT TEBUS KECEWA RAIH GANGSA

Selepas kecewa terlepas peluang ke final, beregu wanita Johor, Dania Sofea Zaidi-Low Zi Yu bangkit menutup saingan dengan pingat gangsa selepas menewaskan wakil tuan rumah, Sheyeon Wong E-Shwen-Tan Xin Yu, 21-14, 21-14 dalam aksi penentuan tempat ketiga di Setia City Convention Centre | Foto MSNJ
#ShahAlam – Selepas kecewa terlepas peluang ke final, beregu wanita Johor, Dania Sofea Zaidi-Low Zi Yu bangkit menutup saingan dengan pingat gangsa selepas menewaskan wakil tuan rumah, Sheyeon Wong E-Shwen-Tan Xin Yu, 21-14, 21-14 dalam aksi penentuan tempat ketiga di Setia City Convention Centre, hari ini.
Gandingan muda Johor ini tampil lebih kemas dan tenang sepanjang perlawanan untuk mengatasi pasangan Selangor dalam straight set sekali gus memastikan kedudukan podium dalam acara berkenaan.
Kemenangan tersebut menjadi penawar buat Dania Sofea-Zi Yu selepas terkandas pada separuh akhir semalam, seterusnya akur mengakhiri penampilan mereka di Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 dengan pingat gangsa.
Kejayaan berkenaan turut menambah koleksi pingat kontinjen Johor dalam badminton selepas pasangan berkenaan turun ke temasya kali ini dengan misi memburu kedudukan podium.
Sementara itu, beregu lelaki Johor, Toh E Hern-Wee Yee Tern turut mempamerkan semangat juang tinggi apabila menewaskan pasangan Sarawak menerusi pertarungan tiga set, 21-17, 17-21, 21-18.
Meskipun tidak berjaya mara ke pentas final, kedua-dua beregu Johor berjaya menebus kekecewaan di separuh akhir dengan memastikan saingan mereka berakhir di kedudukan podium.
#JohorSafeZone
#Badminton
#SUKMAXXII
#Selangor2026
#KontinjenJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


