145 MUSOLLA STESEN MINYAK PETRONAS TERIMA SIJIL PENGESAHAN ARAH KIBLAT


Mufti Negeri Johor, Dato’ Yahya Ahmad menyerahkan Sijil Pengesahan Arah Kiblat di Pejabat Petronas Dagangan Berhad Wilayah Selatan. / Gambar Ihsan Jabatan Mufti Johor

 

ISKANDAR PUTERI — Jabatan Mufti Johor hari ini menyerahkan Sijil Pengesahan Arah Kiblat Musolla di Stesen Minyak Petronas di negeri Johor.

Jabatan Mufti Johor dalam kenyataan ringkas di laman Facebook rasminya berkata, sebanyak 145 buah musolla di seluruh negeri Johor telah disah tentukan arah kiblatnya.

Bagi tujuan itu, Bahagian Falak Jabatan Mufti Johor diberi tanggungjawab untuk mengesah tentukan arah kiblat di semua musolla stesen minyak yang dimiliki oleh syarikat pertroleum negara itu.

Penyerahan sijil pengesahan arah kiblat berkenaan telah disempurnakan oleh Mufti Negeri Johor, Dato’ Yahya Ahmad di Pejabat Petronas Dagangan Berhad Wilayah Selatan.

Justeru, menerusi penyerahan sijil pengesahan arah kiblat ini diharapkan akan dapat memberi manfaat dan pada masa sama memudahkan umat Islam khususnya di negeri ini melaksanakan ibadat solat dengan lebih selesa dan sempurna.

Pihak Jabatan Mufti Johor juga turut mengucapkan penghargaan kepada pihak Petronas Dagangan Berhad Wilayah Selatan atas usaha dan inisiatif berkenaan.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor