15 TITIK FOKUS JADI KPI TAHUN 2024


Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid menekankan 15 titik fokus dilaksanakan berkaitan kebajikan asnaf di negeri ini. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Sebanyak 15 titik fokus berjumlah lebih RM200 juta digariskan sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang memberi manfaat kepada 500,000 penerima di bawah portfolio Hal Ehwal Agama Islam pada tahun hadapan.

 

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid dalam penggulungannya memberitahu daripada jumlah tersebut, RM190 juta adalah untuk titik fokus berkaitan kebajikan asnaf di negeri ini.

 

Seterusnya adalah titik fokus berkaitan pengambilan guru dan penyelenggaraan Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) melibatkan nilai RM22.8 juta diikuti pembangunan sistem penyelarasan bantuan baik pulih masjid dan surau serta SAKJ bernilai RM64,000.

 

Turut dijadikan titik fokus adalah penambahan pemasangan internet di 160 masjid dan surau terpilih serta 200 SAKJ berserta komitmen sedia ada bernilai RM1.98 juta serta sumbangan 160 buah ‘SMART TV’ untuk SAKJ dengan peruntukan RM600,000.

 

Selain itu, titik fokus yang dijadikan KPI adalah pemberiaan 10 unit al-Quran ‘e-braille’ kepada 150 pelajar cacat penglihatan di Sekolah Princess Elizabeth dan Maktab Sultan Abu Bakar (English College) bernilai RM200,000.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor