KERAJAAN NEGERI TERUSKAN USAHA BERDAYA WANITA JOHOR


Kerajaan Johor akan terus memperkasa dan meningkatkan pemberdayaan serta kelestarian wanita di negeri ini. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Kerajaan Johor melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) komited dalam berperanan meningkatkan pemberdayaan dan kelestarian wanita di negeri ini, yang menjadi inisiatif dalam Belanjawan Johor 2024.

 

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail memaklumkan wanita di negeri ini perlu diperkasakan selain menghakupaya potensi diri, keluarga dan masyarakat.

 

Justeru, Kerajaan Negeri akan melaksanakan Konvensyen Pemerkasaan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Peringkat Kebangsaan serta pelaksanaan WCare Johor (Women Cancer Reproductive Awareness) bagi tujuan tersebut, tahun hadapan.

 

Konvensyen Pemerkasaan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Peringkat Kebangsaan bakal meliputi pembentangan kertas kerja daripada pelbagai institusi di negara ini, diikuti forum dan seminar, sambutan hari wanita dan sambutan hari menangani keganasan terhadap wanita 2024 peringkat Negeri Johor.

 

Manakala WCare Johor merupakan usaha membantu meningkatkan kesedaran wanita bagi menjalani saringan awal serta memberikan kemudahan bayaran/fi pendaftaran kepada wanita yang layak menjalani saringan kanser reproduktif.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor