SASAR 5,134 RMMJ SIAP 2024


 Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor memaklumkan sebanyak 5,134 unit RMMJ disasarkan siap dibina tahun depan. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Kerajaan Negeri komited merealisasikan sasaran pembinaan 30,000 Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) di seluruh negeri ini sehingga tahun 2026 seperti diumumkan dalam Belanjawan Johor 2024.

 

Justeru, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor ketika ucapan penggulungannya memaklumkan sebanyak 5,134 unit disasarkan untuk siap dibina pada tahun hadapan.

 

Komitmen tersebut digalas olehnya bersama Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) dalam memastikan pembinaan RMMJ dapat dibina di 10 daerah seperti dizahirkan oleh Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi.

 

Bagi tujuan tersebut, Jawatankuasa Penilaian, Perancangan dan Reka Bentuk (PDRC) dianggotai pelbagai agensi telah bersidang sebanyak 17 kali dan berjaya mengikat pemaju untuk membina 14,704 unit rumah mampu milik di negeri ini.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor