18 PELUKIS WANITA PAMER 54 KARYA SENI


Pameran Karya Pelukis Wanita: Lentera dan Seroja dibuka kepada orang awam mulai hari ini hingga 10 Jun ini. | Foto MDJ Wira Anggara.

 

Sebanyak 54 karya seni hasil nukilan 18 pelukis wanita dipamerkan dalam Pameran Karya Pelukis Wanita: Lentera dan Seroja di Galeri Seni, Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru.

 

Berlangsung bermula hari ini hingga 10 Jun 2024, pameran bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia yang dibuka kepada orang ramai itu menterjemahkan pengiktirafan terhadap karya seni pelukis wanita negeri ini.

 

Lebih menarik, pameran dianjurkan menjadi platform kepada perkembangan seni visual dengan elemen lentera yang melambangkan wanita kreatif, manakala elemen seroja pula mempersembahkan kecantikan.

 

Terdahulu, Majlis Perasmian Pameran Karya Pelukis Wanita: Lentera dan Seroja telah disempurnakan oleh YDH. Puan Sri Datin Dr. Hajah Noor Azizah Abdul Latif, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Johor.

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor