MAINJ SEDIA RM15 JUTA BINA, BAIK PULIH RUMAH ASNAF


YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor menyerahkan kotak bantuan Southern Volunteers (SV) kepada asnaf di Pontian, hari ini. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Kerajaan Negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) memperuntukkan RM15 juta bagi membina baharu dan membaik pulih rumah asnaf di 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Johor pada tahun ini.

 

Sebanyak lima rumah asnaf yang disyorkan oleh wakil rakyat kawasan akan diteliti oleh pihak MAINJ sama ada untuk dibina baharu atau dibaik pulih menerusi peruntukan RM100,000 bagi setiap DUN.

 

Komitmen pembayar zakat juga membolehkan MAINJ untuk terus membantu lebih ramai asnaf sekali gus memberikan kesejahteraan termasuklah menyediakan kediaman yang selesa kepada golongan berkenaan.

 

Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor hadir ke Program Baik Pulih Rumah Perdana 2024 MAINJ Peringkat Negeri Johor di Kampung Serkat Barat, Kukup, Pontian.

 

Hadir sama, YB Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor dan YBrs. Nasri Md Ali, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor