20 PASUKAN SERTAI KARNIVAL PENCAK SILAT BERADAT ANTARABANGSA PIALA DATUK BANDAR PASIR GUDANG 2022


20 pasukan dari Malaysia, Indonesia dan Singapura menyertai Karnival Pencak Silat Beradat Antabangsa bagi merebut Piala Datuk Bandar Pasir Gudang 2022 / Ihsan Majlis Bandaraya Pasir Gudang.

 

ISKANDAR PUTERI — Sebanyak 20 pasukan dari Malaysia, Indonesia dan Singapura menyertai Karnival Pencak Silat Beradat Antarabangsa Piala Datuk Bandar Pasir Gudang 2022.

Karnival anjuran Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dengan kerjasama Persatuan Pelancongan Pasir Gudang, Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) Daerah Johor Bahru, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru dan Majlis Belia Daerah Johor Bahru diadakan sempena Temasya MBPG 2022.

Pasukan Silek Harimau Minangkabau Singapura dinobatkan sebagai Pasukan Terbaik Karnival Pencak Silat Beradat Antarabangsa Piala Datuk Bandar Pasir Gudang 2022.

Sementara itu, pesilat pasukan Pelapis JB, Alif Syahmi Salehan muncul peserta terbaik kategori Silat Terbaik Putra manakala Nur Najihah Abdulah dari pasukan Pertubuhan Seni Silat Panglima Bugis diumumkan sebagai Silat Terbaik Putri.

Bagi kategori Winner pula dimenangi Silek Harimau Minangkabau Singapura manakala kategori Plate pula diungguli pasukan Indera Pusaka A.

Hadiah kepada pemenang bagi kategori Winner dan Plate disampaikan oleh Setiausaha MBPG, Mohd Hafiz Aliman di Atrium Kompleks Pusat Bandar.

Pada kemuncak majlis, semua pemenang kategori utama iaitu Silat Terbaik Putra, Silat Terbaik Putri dan Pasukan Terbaik Keseluruhan karnival silat berkenaan disampaikan oleh Datuk Bandar Pasir Gudang, Dato’ Asman Shah Abdul Rahman.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor