3,142 UNIT RMMJ DIBINA DI BATU PAHAT

Sebanyak 3,142 unit RMMJ sedang dan akan dibangunkan di Batu Pahat menjelang 2030 bagi memenuhi keperluan perumahan rakyat. | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

#IskandarPuteri – Sebanyak 3,142 unit Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) sedang dan akan dibangunkan di daerah Batu Pahat sehingga tahun 2030 yang melibatkan pelbagai peringkat pelaksanaan bagi memenuhi keperluan perumahan rakyat terutama di daerah berkenaan.

 

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 485 unit telah siap dibina dengan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) melibatkan lapan projek, manakala 459 unit lagi sedang dalam pembinaan melibatkan lapan projek secara keseluruhannya. Selain itu, sebanyak 2,189 unit tambahan dirancang melibatkan 10 projek sehingga tahun 2030.

 

Sementara itu, pelaksanaan RMMJ bagi kawasan Dewan Negeri Johor (DUN) Parit Raja turut mencatat pencapaian memberangsangkan apabila sebanyak 190 unit telah siap, 285 unit sedang dalam pembinaan serta 22 unit lagi masih dalam proses perancangan.

 

Ia merangkumi Taman Mutiara Perdana dan Taman Megah, selain projek Bandar Genting Pura Kencana melibatkan 212 unit yang dijangka siap pada Januari 2028, selain projek perancangan Taman Parit Raja menjadikan keseluruhan pembangunan RMMJ di Batu Pahat terus berjalan lancar.

 

Selain itu, Kerajaan Negeri turut komited memastikan golongan muda juga mampu memiliki rumah melalui pendekatan menyeluruh merangkumi bantuan kewangan, laluan pemilikan serta sokongan pembiayaan termasuk Bantuan Beli Rumah, Bantuan Masuk Rumah, Bantuan Sewa Rumah, Rumah Transit Bangsa Johor (RTBJ) serta Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).

 

Terdahulu, YB Dato’ Mohd Jafni Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor menjawab soalan YB Puan Nor Rashidah Ramli, Ahli Dewan Negeri (ADUN) Parit Raja berhubung status terkini RMMJ di Batu Pahat pada Mesyuarat Pertama (Pembukaan Rasmi) bagi Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, hari ini.

 

#JohorSafeZone
#BangsaJohorSejahtera
#PerumahanKasihJohor
#RumahMampuMilikJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor