JOHOR PERKUKUH EKOSISTEM PENDIDIKAN DAN KERJAYA ATLET MELALUI JACE

Kerajaan Johor memperkukuh ekosistem sukan melalui penubuhan Johor Athlete Career and Education (JACE) bagi memastikan kebajikan pendidikan dan kerjaya atlet terus terpelihara.. | Foto MDJ Nurina Aisyah
#IskandarPuteri – Kerajaan Johor terus memperkukuh ekosistem sukan di negeri ini bagi memastikan atlet-atlet Johor tidak tercicir dalam aspek pendidikan dan kerjaya menerusi penubuhan Seksyen Pendidikan dan Kerjaya Atlet iaitu Johor Athlete Career and Education (JACE).
Menerusi Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ), inisiatif strategik ini dapat membina ekosistem pembangunan sukan yang menyeluruh selari dengan aspirasi Johor Sports Nation 2030 yang digagaskan oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.
Melalui JACE, keseimbangan antara prestasi sukan dan pencapaian akademik akan menjadi tumpuan khususnya kepada atlet di bawah program pembangunan Sukan Malaysia (SUKMA) bagi memastikan atlet Johor turut memiliki kelayakan pendidikan yang kukuh, selain mempunyai kecemerlangan dalam bidang sukan.
Selain itu, MSNJ turut menjalin kerjasama strategik bersama institusi pendidikan tinggi seperti Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang membolehkan atlet lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melanjutkan pengajian tinggi mereka secara fleksibel melalui kelas hujung minggu.
Melalui usaha ini, laluan kerjaya turut dibuka kepada atlet Johor menerusi penyediaan peluang latihan industri, pensijilan profesional serta kursus kemahiran sebagai nilai tambah kepada pembangunan diri selepas mereka bergelar atlet.
Inisiatif tersebut akan memperkukuhkan ekosistem sukan kepada perancangan jangka panjang untuk menjadikan Johor sebagai hab pembangunan sukan bertaraf antarabangsa dengan penekanan kepada pembangunan bakat, pendidikan dan kebolehpasaran atlet secara holistik.
Terdahulu, YB Tuan Mohd Hairi Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor menjawab mengenai perancangan Kerajaan Negeri mewujudkan sebuah Universiti Sukan pada Mesyuarat Pertama (Pembukaan Rasmi) bagi Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, hari ini.
#JohorSafeZone
#MSNJ
#JACE
#DewanNegeriJohorKe15
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



