5,000 SERTAI LARIAN RUN FOR PEACE


Acara dwi-tahunan bersifat bukan kompetitif itu menerima penyertaan seramai 5,000 peserta. | Foto ihsan Facebook Hairi Md Shah

 

ISKANDAR PUTERI — Seramai hampir 5,000 peserta menyertai Larian Keamanan atau ‘Run For Peace’ 2023 di Kota Iskandar,  semalam.

 

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Ushawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Md Shah, berkata acara larian tersebut mendapat sambutan yang memberangsangkan dari orang ramai.

 

Katanya, program ini merupakan acara dwi-tahunan bersifat bukan kompetitif adalah anjuran pihak Soka Gakkai Malaysia (SGM).

 

“Tahniah dan syabas kepada pihak penganjur dan semua yang terlibat dalam acara larian ini.

 

“Larian ini bukan sahaja membudayakan keamanan, malah mengekalkan agenda Bangsa Johor yang aktif dan mengadaptasikan amalan gaya hidup yang sihat,” katanya yang juga wakil Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika merasmikan majlis perasmian ‘flag-off’ di laman Facebook rasminya, semalam.

 

Untuk rekod, acara larian keamanan ini telah diadakan sebanyak lapan kali sejak ia mula diperkenalkan pada 2005.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor