6,110 PENERIMA MANFAAT INISIATIF PERUMAHAN KASIH JOHOR FASA 6

Majlis penyampaian inisiatif Perumahan Kasih Johor (PKJ) Fasa 6 Tahun 2026 disempurnakan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor di Stadium Tertutup Arena Larkin. | Foto FB Mohd Jafni Md Shukor
#JohorBahru – Seramai 6,110 penerima menerima manfaat menerusi Inisiatif Perumahan Kasih Johor (PKJ) Fasa 6 Tahun 2026 yang merangkumi bantuan pembelian rumah pertama, bantuan masuk rumah pertama dan bantuan sewa rumah.
Daripada jumlah itu, seramai 3,700 penerima menerima Bantuan Beli Rumah Pertama sebanyak RM5,000 setiap seorang, manakala 620 penerima menerima Bantuan Masuk Rumah Pertama berjumlah RM2,000 setiap seorang.
Selain itu, seramai 1,790 penerima turut menerima Bantuan Sewa Rumah sebanyak RM2,500 setiap seorang bagi membantu meringankan beban kos kediaman.
Secara keseluruhan, ketiga-tiga bentuk bantuan tersebut melibatkan peruntukan berjumlah RM25.73 juta bagi membantu rakyat Johor menghadapi komitmen kewangan berkaitan perumahan, khususnya pada peringkat awal pemilikan kediaman.
Majlis penyampaian bantuan dilaksanakan dalam dua sesi, iaitu sesi pagi yang melibatkan 3,000 penerima, diikuti sesi petang dengan penyertaan 3,110 penerima daripada ketiga-tiga kategori bantuan berkenaan.
Inisiatif itu mencerminkan usaha berterusan Kerajaan Negeri Johor dalam memperluas akses Bangsa Johor kepada perumahan yang selesa, selamat dan mampu milik, di samping membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana menguruskan kos berkaitan kediaman masing-masing.
Majlis penyampaian inisiatif berkenaan disempurnakan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor di Stadium Tertutup Arena Larkin, pada baru-baru ini.
#PerumahanKasihJohor
#PKPJ
#RumahPertama
#BantuanSewaRumah
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


