JAKOA PERJELAS ISU PENGAGIHAN BANTUAN BANJIR DI MERSING


Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) menyampaikan Bantuan Pembaikan Rumah (BPR) kepada penduduk Kampung Orang Asli (KOA) Labong, Mersing. | Foto ihsan JAKOA Negeri Johor

 

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Johor mengesahkan sudah mengambil tindakan segera menyampaikan Bantuan Pembaikan Rumah (BPR) kepada 45 penduduk di Kampung Orang Asli (KOA) Labong, Mersing.

 

Pengarahnya, Faisal Long memaklumkan bantuan sebanyak RM2,500 itu diserahkan kepada penduduk KOA terbabit dengan bantuan Pejabat Daerah Mersing.

 

Bantuan berkenaan diserahkan oleh Pegawai Pejabat Daerah Mersing bersama kakitangan JAKOA di Pejabat JAKOA Daerah Mersing pada 28 Disember 2023.

 

Selain itu, mangsa banjir yang menerima BPR kurang daripada jumlah ditetapkan turut menerima pembayaran tambahan.

 

Manakala pembayaran BPR untuk penduduk di KOA Peta pula akan dilaksanakan segera sebaik sahaja laluan ke kampung berkenaan yang terputus hubungan akibat banjir dibuka semula.

 

Terdahulu, tular aduan penduduk KOA Peta dan KOA Labong, Mersing mendakwa tidak menerima BPR diuruskan oleh Pejabat daerah Mersing melalui semakan kerosakan rumah akibat banjir pada Mac 2023.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor