PENDIGITALAN SEPENUHNYA PARKIR KAWASAN MBJB


Aplikasi MBJB Spot realisasikan pendigitalan sepenuhnya bagi khidmat bayaran parkir. | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menaik taraf dan menjenamakan semula aplikasi MBJB Spot V2 kepada MBJB Spot bagi merealisasikan pendigitalan sepenuhnya bayaran parkir di kawasan pentadbirannya.

 

Penaik tarafan dan penjemaan semula aplikasi berkenaan sekali gus menamatkan perkhidmatan bayaran kupon parkir hibrid yang ditawarkan sejak tahun 2016. Melalui pelan transformasi pendigitalan parkir itu, penggunaan kupon fizikal tidak lagi sah di kawasan MBJB bermula 1 Januari 2024.

 

Datuk Bandar MBJB, Dato’ Mohd Noorazam Osman memaklumkan aplikasi MBJB Spot merangkumi pelbagai perkhidmatan tambahan seperti carian lokasi pengecas kenderaan elektrik (EV) dan tempat letak kereta persendirian.

 

Selain itu, turut menyediakan pautan perkhidmatan bayaran seperti e-Khidmat, cukai harta, pembayaran kompaun dan lain-lain perkhidmatan atas talian serta rangkaiannya disediakan ke arah pembangunan ‘super apps’.

 

Bagi fasa seterusnya, MBJB akan memberikan tumpuan ke atas aktiviti penguatkuasaan tempat letak kereta melalui pelaksanaan sistem Imbasan Kenderaan Digital. MBJB optimis bagi menyampaikan perkhidmatan holistik dan inovatif kepada warga bandar raya melalui transformasi digital itu.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor