JAKOA NEGERI JOHOR AGIH BAKUL MAKANAN KEPADA 130 KIR DI MERSING


Penduduk setempat mengagihkan bakul makanan kepada ketua isi rumah masyarakat Orang Asli terjejas banjir. | Foto ihsan Facebook Dato’ Zahari Sarip

 

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Johor mengagihkan 130 bakul makanan kepada ketua isi rumah (KIR) masyarakat Orang Asli yang terjejas banjir di Mersing.

 

Pengarahnya, Faisal Long memaklumkan agihan dilakukan dengan kerjasama Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Mersing dan agensi keselamatan.

 

Kesemua KIR dari KOA Punan dan KOA Tewowoh menerima bantuan berkenaan sebaik sahaja jabatan dapat memasuki dua perkampungan itu selepas laluan terputus hubungan sebelum ini.

 

Di samping itu, JAKOA Negeri Johor memberi komitmen untuk menghantar bakul makanan kepada lebih 100 KIR di KOA Peta dalam masa terdekat.

 

Sementara itu, seramai 11 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Nitar, Mersing terkandas akibat banjir di KOA Punan telah dibawa keluar untuk pulang ke asrama.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor