KL CITY TIDAK BERJAYA ULANGI PENCAPAIAN JDT
ISKANDAR PUTERI — Kuala Lumpur City FC (KL City) tidak berjaya mengulangi pencapaian cemerlang Johor Darul Ta’zim (JDT) menjulang trofi Piala AFC pada tahun 2015.
Skuad kendalian Bojan Hodak sekadar muncul naib juara Piala AFC 2022 setelah tewas 3-0 kepada wakil Oman, Al Seeb Club dalam aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
Pasukan KL City yang menyenaraikan pemain import sensasi, Paulo Josue dan Romel Morales selain penjaga gol, Kevin Mendoza gagal mengekang penguasaan skuad kendalian Rasheed Jabar.
Gol Al Seeb Club telah dijaringkan oleh Ali Sulaiman Al-Busaidi pada minit ke-22 diikuti Abdul Aziz Humaid (minit ke-36) dan Muhsen Saleh Al-Ghassani (minit ke-69).
Meskipun begitu, pujian harus diberikan kepada KL City susulan pencapaian muncul pasukan kedua dari Malaysia mara ke pentas akhir Piala AFC selepas JDT.
Dalam saingan Piala AFC 2015, JDT melakar sejarah baharu bola sepak negara selepas muncul pasukan pertama dari Malaysia menjuarai Piala AFC, selepas menewaskan wakil Tajikistan, Istiklol FC.
Lebih manis, kapten Harimau Selatan dalam pentas akhir tersebut, Safiq Rahim dinobatkan sebagai pemain paling bernilai (MVP).
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor