KERAJAAN NEGERI KENAL PASTI PUNCA PENCEMARAN


YAB Dato’ Sri Fadillah Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Sungai Sedunia (HSS) 2024 di Sungai Tebrau. | Foto MDJ Bayu Wira

 

Usaha pembersihan sisa bahan kimia di dua tapak pembuangan sisa bahan kimia melibatkan Kawasan Perindustrian Tiong Nam dan Kawasan Perindustrian Desa Tropika melibatkan peruntukan sebanyak RM201,000 dijangka siap sepenuhnya esok.

 

Kerajaan Negeri telah mengenal pasti sisa buangan bahan kimia melibatkan buangan pelarut organik bukan terhalogen (SW 322) dan buangan pelarut organik terhalogen (SW 323) digunakan dalam pelbagai jenis produk seperti majalah, makanan dan plastik serta melibatkan lebih 110 kilang industri yang menghasilkan sisa tersebut di seluruh kawasan Johor Bahru.

 

Terdahulu, YB Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor selaku wakil rasmi Menteri Besar Johor mengiringi YAB Dato’ Sri Fadillah Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Sungai Sedunia (HSS) 2024 di Sungai Tebrau.

 

Dengan mengangkat tema ‘Sungai dan Alur dalam Komuniti Kita’, sungai bertindak sebagai sebuah elemen yang signifikan bagi Negeri Johor dengan jumlah 122 lembangan sungai dengan 20 lembangan utama, termasuklah Sungai Tebrau sebagai salah satu sungai utama khususnya di kawasan Johor selatan.

 

Selepas berjaya mengeluarkan lima sungai daripada senarai sungai tercemar pada tahun 2022, Kerajaan Negeri berhasrat menjadikan program Johor Bersih sebagai strategi serampang dua mata menjaga kebersihan sungai seterusnya memastikan sifar sungai tercemar menjelang 2026.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor