DAERAH LAIN TIDAK TERPINGGIR


YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah hadir menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) Taman Bukit Perdana, di Taman Kluang Perdana, Kluang. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Dakwaan limpahan pembangunan negeri ini hanya tertumpu di kawasan Johor Bahru adalah tidak benar, sebaliknya pembangunan infrastruktur khususnya perumahan mampu milik dan rumah transit di daerah lain termasuk Kluang turut diberikan keutamaan oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

 

Inisiatif Kerajaan Johor memperkenalkan Rumah Transit Bangsa Johor (RTBJ) dengan kadar sewa berpatutan disifatkan YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri sebagai satu pendekatan unik memenuhi permintaan golongan belia khususnya di Kluang menjalani kehidupan berkeluarga dengan kediaman sendiri.

 

Pembangunan infrastruktur holistik serta pesat di Kluang meliputi pembukaan kawasan perindustrian, perumahan, kemudahan asas serta jaringan pengangkutan juga akan meningkatkan kesalinghubungan dan mencipta peluang pekerjaan sekali gus memperkukuh kedudukan ekonomi Johor.

 

Terdahulu, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah hadir menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) Taman Bukit Perdana, di Taman Kluang Perdana, Kluang.

 

Hadir sama, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Dato’ Mohd Jafni Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor dan YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor.

 

Sehingga Ogos tahun ini, sebanyak 12,540 unit RMMJ telah siap dibina sejak tahun 2022 dengan Kerajaan Johor terus komited menyediakan 30,000 unit rumah berkenaan bagi memenuhi impian segenap lapisan Bangsa Johor memiliki kediaman sendiri.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor