JOHOR MAHU PERKASA EKONOMI RENTAS SEMPADAN


YB Lee Ting Han, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor mewakili Menteri Besar menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Pelaburan Johor anjuran Johor Corporation (JCorp), Affin Bank dan DBS Bank di Singapura.

 

Kerajaan Johor mengorak langkah bagi menjayakan agenda negeri maju menjelang tahun 2030 menerusi visi untuk mengintegrasi ekonomi rentas sempadan bersama Singapura bagi menarik lebih banyak peluang pelaburan melalui rangka kerja serta hala tuju yang jelas kepada para pelabur.

 

Menerusi Sidang Kemuncak Pelaburan Johor yang pertama di Singapura, Kerajaan Negeri turut berkongsi kerangka strategi ekonomi Johor yang dibina berdasarkan pembangunan infrastruktur rancak, kemasukan pelbagai sektor industri, pembangunan bakat dan dasar yang mesra pelabur.

 

Selain itu, sumbangan RM150 bilion atau 9.4 peratus kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) disokong lokasi strategik yang dimiliki Johor membolehkan negeri ini terus menjadi destinasi pilihan ideal para pelabur untuk melebarkan perniagaan mereka di rantau Asia Tenggara.

 

Malah projek berimpak tinggi seperti Sistem Rapid Transit (RTS Link) Johor Bahru–Singapura diyakini berupaya memperkukuh lagi hubungan Johor dan Singapura, selain ia mampu menyokong aktiviti perdagangan dan pelaburan dalam menjayakan visi ekonomi rentas sempadan.

 

Kerajaan Negeri juga merancang Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang akan dimeterai pada Disember ini juga bakal dijadikan sebagai model integrasi ekonomi ASEAN bagi merangsang pelaburan rentas sempadan, sekali gus membina jajaran ekosistem ekonomi yang teguh dan saling terhubung.

 

Terdahulu, YB Lee Ting Han, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor mewakili Menteri Besar menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Pelaburan Johor anjuran Johor Corporation (JCorp), Affin Bank dan DBS Bank di Singapura.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor