KOMPETENSI JCS PACU MAJU JOHOR


YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor meraikan kumpulan Pegawai Tadbir Negeri Johor pada Majlis Apresiasi Pembangunan Kerjaya Pegawai Tadbir Negeri Johor dan Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional di Hotel Holiday Villa, Johor Bahru. | Foto MDJ Aisyah Mazalan

 

#JohorBahru – Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor (Akademi JCS) terus memainkan peranan penting dalam melahirkan penjawat awam berkeupayaan dan berkemahiran bagi menjayakan agenda Kerajaan Negeri untuk menjadi Johor sebagai negeri berdaya saing dan maju menjelang tahun 2030.

 

Ditubuhkan pada tahun 2020, Akademi JCS sudah melaksanakan lebih 100 program peningkatan kompetensi termasuk program pasca siswazah untuk kumpulan pengurusan dan profesional selain menyediakan latihan dengan kerjasama strategik bersama institusi pendidikan tinggi tempatan mahupun antarabangsa sejak 2022.

 

Strategi meningkatkan kompetensi penjawat awam di dalam Belanjawan Johor 2024 penting untuk membantu Pegawai Tadbir Negeri Johor menambah nilai kemahiran teras dan insaniah atau ‘soft skills’ bagi melaksanakan tugas sebagai pegawai dengan berkesan sekali gus mendepani perubahan menjayakan agenda Maju Johor.

 

Terdahulu, YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor meraikan kumpulan Pegawai Tadbir Negeri Johor pada Majlis Apresiasi Pembangunan Kerjaya Pegawai Tadbir Negeri Johor dan Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional di Hotel Holiday Villa, Johor Bahru.

 

Hadir sama, YB Dato’ Haji Asman Shah Abd. Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan); YB Dato’ Haji Ismail Haji Abu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan) dan YBhg Hajah Shubanah Yusuf Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pemantauan Projek dan Kesejahteraan Rakyat).

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor