PROJEK PERINTIS PERTANIAN MODEN BEROPERASI SEPENUHNYA JUN INI


YB Dato’ Zahari Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor meninjau kemajuan pelaksanaan projek ‘Smart Indoor Vertical Farm’ antara FarmByte dan Archisen di Iskandar Puteri. | Foto ihsan FB Zahari Sarip

 

#IskandarPuteri – Projek Perintis Pertanian Moden Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang bakal menerajui penghasilan produk agromakanan selamat di negeri ini, akan beroperasi sepenuhnya pada Jun depan.

 

Antara projek berkaitan adalah ‘Smart Indoor Vertical Farm’ diusahakan secara kolaborasi strategik antara anak syarikat Johor Corporation (JCorp), FarmByte Sdn. Bhd. dengan syarikat peneraju agriteknologi Singapura, Archisen Pte. Ltd.

 

Dengan keluasan 52,000 kaki persegi, projek pertanian menegak itu disasarkan akan menghasilkan sehingga 300,000 kilogram (kg) setahun sayur-sayuran berdaun premium seperti ‘Ice Plant’, ‘Japanese Tang Oh’, ‘Crystal Lettuce’, ‘Mustard Green’, ‘Red Vein Sorrel’ dan sebagainya.

 

Kerajaan Negeri komited dan amat menyokong usahasama strategik seperti FrmByte dan Archisen yang akan memberikan peluang kepada pengusaha tempatan dari segi aktiviti pemindahan teknologi serta perkongsian kepakaran.

 

Selain itu, penerapan elemen inovatif berteknologi tinggi merupakan usaha ke arah memperkasakan amalan pertanian yang lebih mampan dan cekap dalam penghasilan produk agromakanan berkualiti tinggi di Negeri Johor.

 

JS-SEZ yang merupakan merupakan langkah strategik kepada pembangunan negeri menerusi peluang perniagaan, pelaburan berimpak tinggi serta pengukuhan ekonomi antara Johor dan Singapura turut meliputi agenda keterjaminan makanan.

 

Terdahulu, YB Dato’ Zahari Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor meninjau kemajuan pelaksanaan projek ‘Smart Indoor Vertical Farm’ antara FarmByte dan Archisen di Iskandar Puteri.

 

Turut hadir, YBrs. En. Syed Aiman Syed Aiman Kifli Syed Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif FarmByte Sdn. Bhd. serta YBrs. En. Vincent Wei, Ketua Pegawai Eksekutif Archisen Pte. Ltd.

 

#Argromakanan
#Keterjaminanmakanan
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor