FESTIVAL D’SAWAH PROMOSI TANGKAK SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN PILIHAN

YB Puan Khairin-Nisa Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor hadir ke Majlis Perasmian Penutup Festival D’Sawah 2025 di Dataran Sawah, Kampung Teluk Rimba. | Foto MDJ Nurina Aisyah
#Tangkak – Penganjuran Festival D’Sawah menjadi platform penting mengangkat budaya, tradisi dan gaya hidup masyarakat luar bandar menerusi pelbagai aktiviti menarik yang mempromosi daerah Tangkak menjelang Tahun Melawat Johor 2026.
Menerusi penganjuran festival tersebut jelas mencerminkan peranan berterusan Majlis Daerah Tangkak (MDT) dalam meningkatkan produk pelancongan desa seterusnya membina identiti daerah sebagai destinasi agropelancongan unik di Negeri Johor.
Selain festival berkenaan juga, pelbagai produk pelancongan turut dibangunkan seperti Kesang River Cruise, Paso Senja, Taman Rekreasi Awam Tanjung Agas dan Pitstop@Tangkak, Gunung Ledang serta kawasan sawah sebagai tarikan daerah Tangkak.
Komitmen MDT memperkasa sektor pelancongan daerah itu memartabatkan Tangkak sebagai destinasi pilihan pelawat dari dalam mahupun luar negeri dan antarabangsa dengan mengetengahkan keunikan seni serta warisan budaya desa.
Terdahulu, YB Puan Khairin-Nisa Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Festival D’Sawah 2025 di Dataran Sawah, Kampung Teluk Rimba.
Turut hadir, YBhg. Tuan Ts. Mohd Johari Tarmidi, Pegawai Daerah Tangkak; YBhg. Tuan Mohd Nazid Jasiman, Yang Dipertua MDT; YBhg. Encik Ab. Rahman Mohamed, Pentadbir Tanah Tangkak dan YBrs. Encik Awang Shawal Awang Sulaiman, Timbalan Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Selatan.
#AmazingTangkak
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor