FESTIVAL SUKAN AGENSI DAN JABATAN ‘GEGO’ MUAR

Majlis Penutupan Rasmi Festival Sukan Agensi dan Jabatan Negeri Johor Tahun 2025 akan berlangsung secara gilang gemilang di Dataran Tanjung Emas Muar. | Foto MDJ Aisyah Mazalan

 

#Muar – Lebih 500 penjawat awam negeri mewakili kontinjen daerah berentap merebut kejuaraan dalam enam sukan yang dipertandingkan pada Festival Sukan Agensi dan Jabatan Negeri Johor Tahun 2025.

 

Penganjuran festival sukan buat kali kedua ini menyaksikan daerah Muar sebagai tuan rumah memberikan kelainan dengan menambah dua acara baharu iaitu sukan futsal dan bola jaring, serta mengekalkan sukan badminton, karom, dart dan e-sport.

 

Kesemua sukan tersebut telah berlangsung serentak di tiga venue pertandingan termasuk mempromosikan Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Muar sebagai venue utama, Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Muar serta Dewan Tertutup JKR (D) Muar.

 

Majlis Penutupan Rasmi Festival Sukan Agensi dan Jabatan Negeri Johor Tahun 2025 akan berlangsung secara gilang gemilang di Dataran Tanjung Emas Muar, malam ini.

 

#FSAJ2025
#Muar
#SukanMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor