SISTEM GILIRAN PINTAR HSAJB DILAKSANA JULAI INI

YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor bersama YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor meninjau pengoperasian sistem SQS serta pengoperasian HSAJB. | Foto MDJ Aisyah Mazalan
#JohorBahru – Sistem Giliran Pintar (SQS) bakal dilaksanakan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) untuk menyelaras janji temu dan pengurusan giliran pesakit luar di Poliklinik Pakar bermula 1 Julai ini.
Melibatkan peruntukan RM1 juta dalam Belanjawan Johor 2024, sistem itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 57,000 pesakit setiap bulan dan mengurangkan kesesakan di kaunter pendaftaran serta waktu menunggu pesakit.
Sistem berkenaan juga akan dilaksanakan secara berfasa melibatkan keseluruhan 31 klinik pakar di hospital tersebut dengan enam perkhidmatan utama Poliklinik Pakar menggunakannya sebagai medan pengujian awal.
Sejak September 2023, HSAJB telah mula membangunkan sistem janji temu elektronik sebagai persediaan pelaksanaan penggiliran digital itu yang dibangunkan secara bersepadu bagi memastikan perkhidmatan lebih sistematik dan mesra pengguna.
Pelaksanaan janji temu secara berperingkat turut diperkenalkan agar pesakit tidak perlu menunggu lama di fasiliti rawatan bagi memberi ruang kepada pengurusan waktu lebih teratur dan pesakit boleh hadir hanya 30 minit sebelum waktu rawatan ditetapkan.
Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor bersama YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor meninjau pengoperasian sistem SQS serta pengoperasian HSAJB, hari ini.
#PerkhidmatanBerkualiti
#HSAJB
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor