SUKSES 4.0 DEDAH LALUAN PENDIDIKAN, KERJAYA KEPADA PELAJAR

YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor hadir Sesi Walkabout Sempena Program Sharing University & Skills Information For Enhance Student Success (SUKSES 4.0 – Karnival Pendidikan Kerjaya Murid Peringkat Negeri Johor Tahun 2025. | Foto MDJ Aisyah Mazalan
#Kulai – Karnival Pendidikan Kerjaya Murid Peringkat Negeri Johor Tahun 2025 (SUKSES 4.0) anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) menjadi platform pendedahan laluan pendidikan dan kerjaya bersesuaian dengan minat, bakat serta potensi selepas tamat persekolahan.
Program melibatkan usaha memperkenalkan laluan pendidikan itu digalakkan seawal Tingkatan 1 bagi membolehkan pelajar mengenal pasti minat masing-masing sekali gus membuka peluang untuk memperkasa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai alternatif.
Pelbagai pameran turut diadakan melibatkan Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Sekolah Khusus, Kolej Teknikal dan Vokasional, agensi kerajaan serta aktiviti inventori minat kerjaya bagi menambah pengetahuan pelajar mengenai hala tuju selepas tamat persekolahan.
Terdahulu, YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor hadir Sesi Walkabout Sempena Program Sharing University & Skills Information For Enhance Student Success (SUKSES 4.0 – Karnival Pendidikan Kerjaya Murid Peringkat Negeri Johor Tahun 2025 di Kolej Yayasan Pelajaran Johor, hari ini.
Hadir sama, YBhg. Tuan Haji Mohd Fahmi Salam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pendidikan YPJ Sdn. Bhd.; YBhg. Encik Herman Raban, Pengurus Besar Unit Strategik Modal Insan Johor (SMI) dan YBrs. Tuan Mohd Khatta Muhamad, Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ).
#TVET
#PendidikanBerkualiti
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor