170 CALON STPM JOHOR RAIH PNGK 4.00

Foto arkib Aznan Tamin

 

#IskandarPuteri – Negeri Johor sekali lagi mencatat prestasi membanggakan dalam peperiksaan awam apabila keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024 yang diumumkan hari ini sekali lagi berjaya mengatasi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Peringkat Kebangsaan.

 

Berdasarkan pengumuman keputusan STPM hari ini, PNGK STPM 2024 Negeri Johor adalah 2.95, mengatasi PNGK STPM 2024 Peringkat Lebangsaan iaitu 2.85 dengan seramai 170 calon meraih PNGK 4.00.

 

Seramai 3,952 calon telah berdaftar untuk peperiksaan STPM 2024 di Johor dengan 3,857 calon atau 97.60 peratus daripadanya hadir menduduki peperiksaan. Ia melibatkan 3,472 calon (90.02 peratus) daripada aliran Sains Sosial dan 385 calon pula adalah daripada aliran Sains.

 

Selain itu, seramai 516 calon atau 13.38 peratus berjaya merekodkan PNGK 3.75 diikuti 1,464 calon (37.96 peratus) memperoleh PNGK 3.00 ke atas; 532 calon (13.79 peratus) mendapat PNGK 2.75 ke atas dan 1,091 calon (28.29 peratus) mencatat PNGK 2.00 ke atas.

 

Lebih membanggakan, seramai tujuh calon STPM di Negeri Johor berjaya mendapat keputusan 5A dalam kelima-lima mata pelajaran yang diambil, manakala 167 calon pula mendapat keputusan 4A. Tahap kecemerlangan calon STPM di negeri ini turut dibuktikan dengan peningkatan peratusan kelulusan sebanyak 77.91 peratus melibatkan 3,005 calon berbanding 75.71 peratus yang diraih pada tahun lalu.

 

#STPM2024
#JohorLeads
#PendidikanBangsaJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor