ETS3 HUBUNGKAN KUALA LUMPUR – JOHOR BAHRU NOVEMBER INI

Projek ETS3 berjalan mengikut perancangan dan dijangka siap sepenuhnya dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru menjelang November ini. | Foto arkib MDJ 

 

#IskandarPuteri – Perluasan projek Perkhidmatan Tren Elektrik 3 (ETS3) berada pada landasan tepat selaras dengan perancangan dan menuju ke arah rangkaian penuh dari Kuala Lumpur hingga ke Johor Bahru menjelang November ini.

 

Bagi memperkukuh rangkaian berkenaan, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sudah menerima 10 set tren baharu ETS3 yang bakal memastikan kapasiti dan jadual perjalanan dapat dipenuhi dengan lebih efisien.

 

ETS3 yang mampu bergerak pada kelajuan sehingga 140 kilometer sejam (km/j) dengan reka bentuk aerodinamik, sistem keselamatan bertaraf antarabangsa dan ciri keselesaan moden akan mula beroperasi menghubungkan ibu negara ke Kluang pada 30 Ogos ini.

 

Perkhidmatan berkenaan akan beroperasi secara tetap dengan masa perjalanan sekitar tiga jam 30 minit dari KL Sentral ke Kluang melibatkan hentian di beberapa stesen utama termasuk Segamat, Labis, Bekok dan Paloh.

 

Dengan bermulanya operasi ETS ke Kluang, rakyat Johor kini menikmati akses lebih pantas dan selesa selain turut memberi manfaat dari segi mobiliti serta bakal menjadi pemangkin pertumbuhan sektor ekonomi, pelaburan dan pelancongan di negeri ini.

 

Kerajaan Negeri komited untuk terus bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan KTMB bagi memastikan projek ETS ke Johor dapat disempurnakan mengikut jadual sekali gus menjadikan Johor sebuah negeri dengan jaringan pengangkutan moden yang mampan.

 

#JohorSafeZone
#ETS3
#JohorKL
#KTMB
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor