LRA YONG PENG SALUR 4 JUTA LITER AIR KE EMPANGAN MACHAP

Loji Rawatan Air (LRA) Yong Peng akan menyalurkan tambahan 4 juta liter air sehari, manakala pemasangan sistem pontoon di Empangan Machap pula dijangka menyalurkan sehingga 20 juta liter tambahan terus ke Sungai Benut bagi menyokong operasi LRA di daerah berkenaan. | Foto FB Fazli Salleh
#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri terus bertindak pantas memastikan bekalan air di Simpang Renggam dan Pontian kekal stabil, walaupun paras air di empangan dan sungai semakin menurun akibat cuaca panas dan kering berpanjangan, bagi memastikan rakyat terus menikmati bekalan asas berkenaan.
Bagi menstabilkan bekalan utiliti berkenaan, Loji Rawatan Air (LRA) Yong Peng akan menyalurkan tambahan 4 juta liter air sehari, manakala pemasangan sistem pontoon di Empangan Machap pula dijangka menyalurkan sehingga 20 juta liter tambahan terus ke Sungai Benut bagi menyokong operasi LRA di daerah berkenaan.
Setakat ini, LRA Simpang Renggam beroperasi pada sekitar 34 peratus daripada kapasiti asal, manakala LRA Lok Heng pula mendapat bantuan pengambilan air dari Sungai Lukah dan LRA Skudai masih ditutup akibat paras kandungan ammonia yang tinggi. Bagaimanapun, tiada pengguna terjejas kerana bekalan air berkenaan telah dialihkan ke LRA Semangar, LRA Sungai Layang serta tambahan 25 juta liter dari PUB.
Kerajaan Negeri juga menggerakkan 28 lori tangki air di daerah Kluang dan Pontian, sementara 29 lori tambahan dari negeri lain juga disediakan bagi memastikan bekalan air sampai kepada pengguna terjejas, selain inisiatif 41 tangki air statik juga telah ditempatkan di lokasi kritikal.
Untuk rekod, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan menggerakkan operasi pembenihan awan pada 11, 12 dan 15 Februari ini bagi meningkatkan peluang hujan dan seterusnya menambah kapisiti takungan air di lokasi terjejas.
#JohorSafeZone
#BekalanAir
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



