MPBP AMBIL TINDAKAN SUSULAN INSIDEN OPERASI HAIWAN TERBIAR

Kenyataan media Majlis Perbandaran Batu Pahat
#IskandarPuteri – Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) akan mengambil tindakan susulan berhubung insiden melibatkan kontraktor pengurusan haiwan terbiar yang didakwa menunjukkan isyarat tidak sopan kepada pencinta haiwan ketika menjalankan operasi yang tular di media sosial baru-baru ini.
Sebagai pihak berkuasa tempatan, MPBP menegaskan bahawa setiap operasi pengurusan haiwan terbiar perlu dilaksanakan secara profesional, berhemah dan mengikut garis panduan yang ditetapkan sebelum ini.
Pada masa sama, masyarakat awam juga turut diingatkan supaya tidak mengganggu atau memprovokasi operasi rasmi yang sedang dijalankan kerana tindakan sedemikian boleh menjejaskan kelancaran operasi serta keselamatan pihak yang terlibat.
Bagi memastikan perkara berkenaan dapat diteliti secara menyeluruh, MPBP akan memanggil kontraktor serta wakil pencinta haiwan terbabit untuk mendapatkan penjelasan daripada kedua-dua pihak berhubung insiden berkenaan.
MPBP akan turut mengarahkan kontraktor berkenaan supaya mengambil tindakan tegas terhadap pekerja yang terlibat sekiranya hasil penjelasan dan semakan selepas itu mendapati wujud sebarang salah laku pada hari kejadian.
Pada masa sama, langkah penambahbaikan serta pemantauan akan diperkukuh bagi memastikan operasi pengurusan haiwan terbiar pada masa hadapan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, profesional dan mengambil kira kebajikan semua pihak.
Usaha berkenaan turut menekankan kepentingan kerjasama antara pihak berkuasa tempatan (PBT), kontraktor, pencinta haiwan dan masyarakat bagi memastikan isu pengurusan haiwan terbiar dapat ditangani secara berkesan, berperikemanusiaan serta tidak menjejaskan keselamatan komuniti.
#JohorSafeZone
#MPBP
#PengurusanHaiwanTerbiar
#BatuPahat
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


