APM JOHOR SIAP SIAGA HADAPI MTL, 61 BOT DAN 1,000 ANGGOTA BERSIAP SEDIA

Semua Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) di seluruh Johor turut diletakkan dalam keadaan siap siaga dan sedia beroperasi 24 jam sehari bagi memantau paras air sungai, cuaca semasa serta menerima panggilan kecemasan orang awam secara terus.
#IskandarPuteri – Seramai 1,000 pegawai dan anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Johor kini bersiap sedia untuk digerakkan pada bila-bila masa bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027.
Kesiapsiagaan ini turut melibatkan 61 unit bot penyelamat, 11 unit lori pengangkut dan 16 kenderaan pacuan empat roda serta peralatan menyelamat di air yang telah diselaraskan mengikut kawasan berisiko tinggi banjir.
Semua Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) di seluruh Johor turut diletakkan dalam keadaan siap siaga dan sedia beroperasi 24 jam sehari bagi memantau paras air sungai, cuaca semasa serta menerima panggilan kecemasan orang awam secara terus.
Seramai 1,000 pegawai dan anggota berkenaan turut menjalani latihan teknikal secara berterusan termasuk pengendalian bot dan pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Kesiapsiagaan turut diperkukuh menerusi 13 siri latihan melibatkan anggota APM, agensi kerajaan dan komuniti setempat dengan jumlah penyertaan seramai 1,158 orang.
Langkah berkenaan dilaksanakan menerusi siri mesyuarat penyelarasan strategik di peringkat APM serta pengukuhan kerjasama antara zon dan agensi penyelamat lain bagi memastikan tindak balas kecemasan dapat digerakkan dengan pantas, tepat dan berkesan.
Justeru, orang ramai juga dinasihatkan supaya membuat persediaan awal menghadapi banjir termasuk menyimpan dokumen penting dalam bekas kalis air, menyediakan beg kecemasan dengan bekalan sekurang-kurangnya 72 jam serta memindahkan barangan berharga dan peralatan elektrik ke tempat yang lebih tinggi.
Orang ramai juga diminta supaya sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diarahkan berpindah lebih awal serta mendapatkan maklumat dan amaran cuaca melalui pelbagai saluran rasmi termasuk MyCuaca; Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA); Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan InfoBanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
Terdahulu, YBhg. TPj. (PA) Kamal Mokhtar, Pengarah APM Negeri Johor menegaskan pemantauan rapi akan dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan keselamatan nyawa dan harta benda penduduk sentiasa menjadi keutamaan.
#JohorSafeZone
#MonsunTimurLaut
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


