Pihak bomba berjaya memujuk dua wanita hamil masyarakat Orang Asli untuk dibawa ke Hospital Kluang dengan menaiki helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) / Gambar Ihsan JBPM Johor.
KLUANG — Selepas beberapa kali di pujuk, dua wanita hamil dari Kampung Orang Asli Punchor, Kahang akhirnya mengalah dan bersetuju untuk dibawa ke Hospital Kluang bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik.
Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Penolong Pesuruhjaya Bomba Mohd Rizal Buang, berkata beliau bersama lima kru penerbangan JBPM serta dua orang pegawai perubatan dari Hospital Kluang telah menerima permohonan bagi membawa keluar dua pesakit dari perkampungab Orang Asli berkenaan yang mengalami komplikasi kehamilan.
“Apabila operasi khidmat khas Medical Evacuation (MEDEVAC) tiba dengan helikopter jenis August AW139 tiba di berhampiran ladang tembikai Kampung Orang Asli Punchor, kami dimaklumkan seorang daripada pesakit tidak mahu menerima rawatan ke hospital akibat takut ke hospital.
“Namun pihak Bomba berjaya memujuk pesakit tersebut yang dikenali Sofia Semanggar, 32 setelah setengah jam cubaan memujuk dilakukan oleh ahli keluarga beliau. Beliau yang sedang 32 minggu usia kandungan mempunyai sejarah Bayi pramatang dan perlu dirujuk ke hospital bagi pemeriksaan kandungan,”katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan di laman Facebook rasmi JBPM Johor selepas turut menyertai misi khas terbabit, pagi tadi.
Mohd Rizal berkata, pesakit kedua yang dikenal Sandora Anam, 39, yang mempunyai usia kandungan 29 minggu pula turut dibantu bagi dibawa ke hospital yang sama untuk menerima rawatan selanjutnya.
“Operasi terbabit yang dijalankan bermula pada jam 9.58 pagi dan tamat pada jam 11.17 pagi tadi
“JBPM Johor dengan bantuan Unit Udara JBPM sentiasa komited bagi membantu melaksanakan operasi-operasi khidmat khas melibatkan pesawat dari Unit Udara JBPM samada operasi MEDEVAC, penghantaran Bekalan makanan dan logistik di kawasan terputus hubungan (RESUPPLY) mahupun operasi Search & Rescue (SAR) di Negeri Johor” katanya.
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor
https://mediadigitaljohor.gov.my/v1/wp-content/uploads/2023/01/FB_IMG_1674803631863.jpg540720Badrul Kamal Zakariahttps://mediadigitaljohor.gov.my/v1/wp-content/uploads/2022/10/MDJ_Logo.pngBadrul Kamal Zakaria2023-01-27 15:53:372023-01-27 15:53:37BOMBA PUJUK DUA PESAKIT HAMIL KE HOSPITAL