ADUN LARKIN SANTUNI PENDUDUK FLAT LARKIN
ISKANDAR PUTERI — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin, Mohd Hairi Mad Shah meneruskan aktiviti rutin dengan menyantuni penduduk Rumah Pangsa Larkin, semalam.
EXCO Kerajaan Johor itu turut berkesempatan menggerakkan agihan bubur lambuk selain melakukan ziarah ke atas penduduk yang uzur dan menyampaikan sumbangan bantuan diperlukan.
“Kehidupan sebagai warga flat sememangnya memerlukan semangat permuafakatan dan kebersamaan yang tinggi.
“Saya amat berharap pembentukan satu permuafakatan antara KRT, surau, dan politik yang begitu erat dapat terbentuk di Flat Larkin untuk bersama menjalankan pelbagai aktiviti tanpa didorong sebarang agenda tertentu.
“Paling penting, manfaat dan impaknya semata-mata haruslah kepada penduduk,” katanya.
Selain itu, beliau memberitahu telah melulus dan memudahcarakan usaha mendapatkan peruntukan membuat ‘railing’ atau selusur di empat blok rumah pangsa berkenaan untuk kegunaan warga emas.
Pada masa sama, Mohd Hairi juga meninjau infrastruktur dan prasarana di bawah peruntukan Unit Perancang Ekonomi (EPU) bagi kegunaan penduduk setempat.
Kemudahan tersebut adalah Anjung Ilmu; gelanggang futsal selain naiktaraf dan baikpulih surau lama.
“Selain itu, saya juga meluluskan permohonan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru Tadika Kemas di sini untuk membuat laluan susur gajah,” katanya.
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor