SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI JOHOR TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH LPP JOHOR


Setiausaha Kerajaan Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Rohani menerima kunjungan hormat daripada pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Johor, Amiruddin Bahar di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar.

 

Setiausaha Kerajaan Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Rohani menerima kunjungan hormat daripada pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Johor, Amiruddin Bahar di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar.

 

Kunjungan tersebut diadakan oleh Amiruddin bagi memaklumkan beliau kini menjawat jawatan Pengarah LPP Negeri Johor berkuatkuasa 14 Mac yang lalu.

 

Menerusi hantaran di Facebook rasminya, LPP Negeri Johor berkata perbincangan dan taklimat ringkas dua hala di antara kedua-dua belah pihak juga telah menyentuh situasi terkini pergerakan Pertubuhan Peladang khususnya di negeri Johor.

 

“YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi juga menitipkan beberapa nasihat dan pandangan demi kemajuan pentadbiran Kerajaan Negeri Johor bersama LPP Negeri Johor supaya ianya bergerak seiring.

 

“Pengurusan LPP Negeri Johor juga merakamkan penghargaan kepada YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Setiausaha Kerajaan Johor kerana sudi menerima kunjungan hormat Pengurusan LPP Negeri Johor,” tambahnya.

 

LPP Negeri Johor juga berharap agar kolaborasi dan kerjasama strategik yang terjalin dengan Kerajaaan Negeri Johor dapat dilaksanakan dengan pelbagai kerjasama yang telah terjalin.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor