KEADAAN LALUAN BSI, KSAB SEMAKIN BAIK : MENTERI BESAR JOHOR


Keadaan laluan di pintu sempadan negara di negeri ini, semakin baik, kata Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi

ISKANDAR PUTERI — Keadaan laluan di pintu sempadan negara di negeri ini, semakin baik, kata Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

 

Perkara itu dimaklumkan berdasarkan lawatan ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), semalam.

 

Beliau merakam penghargaan kepada pihak-pihak berkaitan atas komitmen diberikan dalam usaha memastikan kelancaran pergerakan keluar masuk di kedua-dua kompleks itu.

 

“Syukur Alhamdulillah, hasil lawatan semalam saya dapati keadaan laluan motosikal, kereta dan bas semakin baik di CIQ BSI dan KSAB.

 

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada staf dan pegawai (Jabatan) Imigresen (Malaysia), JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan), (Jabatan) Kastam (Diraja Malaysia), RELA (Jabatan Sukarelawan Malaysia), PAJ (Perbadanan Pengangkutan Awam Johor), Polis (Diraja Malaysia) dan KDN (Kementerian Dalam Negeri) yang terus memberikan komitmen untuk melancarkan keadaan di CIQ KSAB dan BSI.

 

“Sama-samalah kita semua memberikan penghargaan kepada mereka kerana melakukan perubahan yang drastik ini,” katanya.

 

Onn Hafiz berharap komitmen dan tahap kesiapsiagaan ditunjukkan semua pihak berkaitan itu dapat diterus serta dikekalkan sepanjang masa supaya kesesakan di pintu masuk negara di Johor dapat dikurangkan.

 

Isu kesesakan meliputi aspek pengoperasian di pintu sempadan negara di negeri ini, merupakan cabaran diberikan tumpuan oleh kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Johor.

 

Pelbagai usaha dan pendekatan diambil melibatkan kerjasama Kerajaan Persekutuan selain koordinasi dengan agensi dan jabatan berkaitan.

 

Menjadi hasrat kerajaan negeri untuk memastikan rakyat menikmati manfaat perkhidmatan di kedua-dua pintu keluar masuk laluan darat di negeri ini dengan lebih selamat dan selesa.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor