PEMIMPIN PELAJAR BERPERANAN SEBAGAI SURI TELADAN


Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh berucap pada Kursus Kepimpinan Pemimpin Pelajar, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Nusa Damai, baru-baru ini | Foto Ihsan, FB Norliza Noh.

 

ISKANDAR PUTERI — Seramai 136 pemimpin pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Nusa Damai menyertai Kursus Kepimpinan Pemimpin Pelajar.

 

Hadir menyempurnakan penutupan kursus adalah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh.

 

Turut hadir, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Pembangunan Bakat Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang, Nurudin Akmal Darun.

 

Kesemua pemimpin murid yang terlibat dalam kursus dua hari satu malam itu dalam kalangan Pengawas Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya, Pengawas Pusat Sumber dan ‘Smart Leader Board’.

 

Norlizah menzahirkan sokongan penuh kepada hasrat pihak sekolah dalam melaksanakan kursus kepimpinan seumpama itu, yang bertujuan meningkatkan jati diri dan keyakinan pemimpin pelajar.

 

“Peranan pemimpin murid juga sangat penting dan merupakan suri teladan kepada murid-murid yang lain.

 

“Saya juga sempat berpesan, bekerjasamalah dengan para pendidik dalam menaikkan nama sekolah ke peringkat yang lebih cemerlang,” katanya.

 

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada pengurusan SMK Taman Nusa Damai atas penganjuran kursus berkenaan, serta pemimpin pelajar yang dilantik sebagai ketua.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor