MB BERAMAH MESRA BERSAMA WARGA KD SULTAN ISMAIL
PENGERANG — Menteri Besar Johor mengumumkan sumbangan berjumlah RM120,000 ketika lawatannya ke Kem KD Sultan Ismail, Tanjung Pengelih.
Menurutnya, sumbangan tersebut diumumkan sebagai tanda penghargaan ke atas jasa pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di kem tersebut dalam memastikan keselamatan perairan Johor serta negara.
“Saya mengumumkan sumbangan RM50,000 bagi kegunaan Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) KD Sultan Ismail. RM70,000 untuk kerja penceriaan Masjid Thoriq Ibnu Ziad di dalam pangkalan itu,” katanya menerusi posting dimuatnaik di Facebook rasminya.
Onn Hafiz berharap sumbangan tersebut dapat memberikan manfaat kepada warga Kem KD Sultan Ismail termasuk ahli keluarga mereka.
Ketika kunjungannya, beliau berkesempatan meluangkan masa beramah mesra dengan pegawai dan anggota TLDM yang bertugas di kem itu.
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor