ALMARHUM SULTAN SIR IBRAHIM PERNAH MENOLAK GELARAN YANG DI-PERTUAN AGONG


Almarhum Sultan Sir Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar (1895-1959)

 

Oleh: Farhan Khair

 

Pada Ogos 1957, Majlis Raja-Raja telah memilih gelaran Yang di-Pertuan Agong dan menolak gelaran Yang di-Pertuan Besar yang dicadangkan sebelum itu.

 

Majlis Raja-Raja juga telah bersidang untuk mengundi Pemegang Takhta yang pertama sebagai Yang Di-Pertuan Agong.

 

Menurut tempoh pemerintahan yang paling lama, DYMM Mejar Jeneral Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar (Sultan Johor ketika itu) telah dilantik menjadi Sultan pada tahun 1895. Baginda Tuanku merupakan Sultan yang paling lama memerintah.

 

Akan tetapi Baginda menolak perlantikan Yang Di-Pertuan Agong disebabkan telah lanjut usia kerana pada waktu ketika itu Baginda Tuanku sudah berusia 83 tahun.

 

Yang kedua dalam turutan pemilihan itu ialah Sultan Pahang ketika itu iaitu Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mu’tassim Billah Shah yang memerintah sejak tahun 1932. Baginda tidak mendapat mandat secukupnya untuk dilantik.

 

Paling lama memerintah sesebuah negeri seterusnya merupakan Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan. Baginda menaiki takhta pada tahun 1933 yang kemudiannya telah dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong yang pertama.

 

#KesultananJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor