AMALKAN 3S, TRISS CEGAH COVID-19 : EXCO KERAJAAN JOHOR


Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon. | Foto arkib MDJ

 

Sebanyak 109 kes Covid-19 direkodkan di Negeri Johor pada minggu Epid ke-49/2023 berbanding 34 kes pada minggu sebelumnya.

 

Daripada jumlah tersebut, daerah Kulai mencatatkan sebanyak 37 kes diikuti Kluang (30), Batu Pahat (16), Johor Bahru (15), Kota Tinggi (6), Pontian (3) selain Segamat dan Pontian masing-masing dengan satu kes.

 

Justeru, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon menggalakkan masyarakat untuk mengelakkan ‘3S’ iaitu berada di tempat sesak dan sempit serta berbual jarak dekat.

 

Orang ramai juga disaran untuk mengamalkan TRIIS iaitu ujian, lapor, mengasingkan, memaklumkan dan mencari atau mendapatkan rawatan segera bagi memastikan langkah pencegahan dapat dilaksanakan.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor