RM2.8 JUTA ATASI BANJIR KILAT JOHOR BAHRU


Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir hari ini memaklumkan Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM2.8 juta bagi menangani isu banjir kilat yang melanda bandar Johor Bahru. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM2.8 juta bagi menangani banjir kilat yang sering berlaku di tiga lokasi hotspot sekitar bandar raya Johor Bahru.

 

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir memaklumkan peruntukan disalurkan pada tahun hadapan itu melibatkan kawasan Taman Sri Tebrau, Taman Majidee dan Kampung Mohd Amin.

 

Antara bentuk tindakan diambil adalah kerja meninggikan tebing sepanjang 700 meter di kawasan pam air Kampung Mohd Amin, pemasangan ‘flap valve’ dan pam di kawasan Taman Sri Tebrau serta pembinaan kolam takungan di kawasan Taman Majidee.

 

Kesemua projek berkenaan akan mula dilaksanakan pada suku pertama tahun 2024 bagi mengurangkan kesan kepada kawasan hotspot terbabit.

 

Terdahulu, Akmal Nasrullah hadir melakukan tinjauan di tiga lokasi hotspot terbabit selain diberikan taklimat daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mengenai status terkini susulan kejadian banjir kilat, baru-baru ini.

 

Hadir sama, Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat; Ketua Pengarah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Mohd Fadzli Mohd Kenali serta Ketua Penolong Pengarah Kejuruteraan (Saliran & pengurusan Sungai) MBJB, Mohd Fadzil Suhaimi Talibin.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor