ATM BANTU PERGERAKAN CALON SPM KE SEKOLAH


Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dihantar ke sekolah oleh Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). | Foto ihsan Facebook Norliza Noh

 

Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari Kem Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA), Ulu Tiram bertindak menyelaraskan pergerakan 37 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 berserta dua pengawas peperiksaan ke sekolah dengan selamat, selamat.

 

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh memaklumkan kehadiran calon dan pengawas peperiksaan ke pusat peperiksaan menjadi keutamaan terutama ketika musim banjir pada ketika ini.

 

Kesemua calon dan pengawas peperiksaan terbabit dibawa dari tempat letak kenderaan pasar raya di Taman Daiman Jaya dan Masjid Jamek Kota Tinggi ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Habab dan SMK Bandar di Kota Tinggi.

 

Norlizah yang juga Ahli Dewan Negeri Johor Kawasan Johor Lama menzahirkan penghargaan kepada pasukan ATM yang sedia membantu masyarakat setempat selain memudahkan pergerakan calon SPM bagi menghadapi ujian yang bermula semalam.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor