Entries by Muhammad Imran Mohd Razib

TIADA LAGI RUMAH UZUR

  “Alhamdulillah, kecil tapak tangan, Gunung Lambak saya tadahkan,” demikian reaksi Rita Johari, 55, kepada Suhaizi Mohd Yasin, Penghulu Mukim Kluang apabila dimaklumkan Kerajaan Negeri bersetuju membina Rumah Kasih Johor (RKJ) buat Rita sekeluarga di Kampung Paya.   Rita atau lebih mesra disapa Jojo tidak putus-putus menzahirkan rasa syukur selain menyifatkan pemberian rumah baharu secara […]

JOHOR PENERAJU AGENDA KELESTARIAN

  Perubahan iklim kini dianggap sebagai masalah global sangat memerlukan tindakan kolektif daripada semua pihak termasuk gemblingan kerjasama agensi berkaitan dengan Kerajaan Negeri bagi menangani fenomena global ini.   Bagi memacu dan menjadi peneraju agenda kelestarian di peringkat serantau, Pusat Kelestarian Johor (JSC) menggariskan lima tonggak di dalam agenda ‘Johor Green Deal’ untuk diberi perhatian […]

RM909,700 LAKSANA TEBATAN BANJIR SUNGAI MELANTAI

  Penyelesaian masalah banjir, sama ada disebabkan oleh Monsun Timur Laut (MTL) atau berpunca dari taburan hujan luar jangka yang melanda beberapa lokasi di daerah ini, sentiasa menjadi keutamaan Pejabat Daerah Kluang termasuk memastikan pembangunan dirancang mengutamakan kelestarian alam sekitar.   Bagi Mohd Faiz Mohd Salleh, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Pejabat Daerah Kluang, pihaknya […]

JOHOR MAHU LAHIR GENERASI HUFFAZ CILIK

  Modul pelaksanaan Pra Tahfiz TABIKA KEMAS bakal diperluaskan ke Tadika Agama Johor (TAJ) bagi menyokong aspirasi negara dalam melahirkan 100,000 huffaz cilik menjelang tahun 2026.   Kerajaan Negeri turut berkeyakinan, elemen pembelajaran yang menyeronokkan berupaya memberi sentuhan baharu bagi menyuburkan potensi murid dalam aspek penguasaan al-Quran sekali gus melahirkan generasi mencintai kitab suci itu. […]

DAERAH LAIN TIDAK TERPINGGIR

  Dakwaan limpahan pembangunan negeri ini hanya tertumpu di kawasan Johor Bahru adalah tidak benar, sebaliknya pembangunan infrastruktur khususnya perumahan mampu milik dan rumah transit di daerah lain termasuk Kluang turut diberikan keutamaan oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan.   Inisiatif Kerajaan Johor memperkenalkan Rumah Transit Bangsa Johor (RTBJ) dengan kadar sewa berpatutan disifatkan YAB Dato’ […]

INSENTIF ISTIMEWA MENANTI PELABUR

  Zon Kewangan Khas Forest City (FCSFZ) menawarkan pelbagai insentif menarik termasuk kadar cukai korporat konsesi antara 0 hingga 5 peratus, serta kadar cukai pendapatan individu khas sebanyak 15 peratus untuk tenaga kerja tempatan dan berkemahiran di zon khas berkenaan.   FCSFZ juga menjadi lokasi pertama di Malaysia menyediakan cukai sifar untuk firma penasihat pengurusan […]

RM1.57 JUTA PERUNTUKAN BERSIH PARIT, LONGKANG

  Majlis Perbandaran Kluang (MPK) memperuntukkan sejumlah RM1.57 juta bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan dan menaik taraf longkang dalam usaha mengurangkan masalah banjir di beberapa kawasan hotspot yang dikenalpasti.   Daripada jumlah itu, sebanyak RM1.35 juta diperuntukkan bagi projek menaik taraf sistem saliran dan jalan raya melibatkan beberapa kawasan yang sering dilanda banjir kilat terutama di […]

KLUANG TERUS NIKMATI LIMPAHAN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR

  Lebih 320,000 penduduk daerah Kluang bakal menikmati limpahan ekonomi dan prasarana susulan pembinaan beberapa projek pembangunan infrastruktur termasuk Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (PLBEGJB) yang dijangka siap pada tahun 2025.   Perancangan pembangunan kemudahan yang sedang dan akan dilaksanakan itu disifatkan Mohd Faiz Mohd Salleh, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Pejabat Daerah Kluang […]

PROGRAM JBCFM LAHIRKAN MASYARAKAT SIHAT

  Program Pagi Bebas Kereta Johor Bahru atau ‘JB Car Free Morning’ (JBCFM) anjuran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bukan sahaja menjadi platform bagi memperkasa agenda bandar raya hijau dan rendah karbon, tetapi juga melahirkan masyarakat aktif dan sihat.   Sejak Januari 2024, JBCFM yang menerima suntikan kerjasama strategik daripada OCBC Malaysia telah menarik hampir […]

RANHILL SAJ TERUS BEKAL AIR SECARA HOLISTIK

  Syarikat pengendali utiliti air Johor, Ranhill SAJ Sdn. Bhd. (Ranhill SAJ) akan memberi tumpuan kepada usaha jangka masa panjang termasuk program penggantian paip lama dalam memastikan bekalan air dapat disalurkan secara holistik.   Inisiatif bagi meningkatkan kecekapan rawatan dan agihan air tersebut melibatkan peruntukan berjumlah RM165 juta untuk melaksanakan kerja-kerja penggantian paip lama sepanjang […]