Entries by Muhammad Imran Mohd Razib

LIMPAHAN EKONOMI MENANTI PENDUDUK SETEMPAT

  Menjadi antara badan berkanun menerima peruntukan signifikan bagi melaksanakan baik pulih infrastruktur dan prasarana kemudahan di bawah seliaannya, Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) bersedia melibatkan pelbagai pihak termasuk industri kecil dan swasta untuk merancakkan lagi usaha menjayakan Tahun Melawat Johor 2026.   Ditubuhkan secara rasmi pada 1 Januari 1992, PTNJ telah dipertanggungjawab untuk mengawal […]

FAHAMI DAN JUNJUNG TITAH YANG DI-PERTUAN AGONG

  Rakyat di negara ini diseru menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sebagai ingatan tulus untuk mempertahankan nilai muhibah seterusnya memacu kecemerlangan negara bertunjangkan keharmonian.   Mengulas mengenai titah Seri Paduka Baginda pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H/2024M pada Ahad lalu, Prof. […]

TANAM SEMANGAT HIJRAH UNTUK BANGUNKAN NEGERI

  Awal Muharam sememangnya detik amat bermakna seterusnya dekat dalam jiwa dan sanubari umat Islam seluruh dunia yang menghayati dan meneladani peristiwa hijrah junjungan besar Nabi Muhammad SAW bersama para sahabat dari Mekah ke Yathrib atau kini dikenali sebagai Madinah.   Sirah perjuangan penuh berliku baginda sewaktu mengembangkan ajaran Islam yang mendapat penentangan kaum Quraisy […]

BEKAS HAKIM SYARIE TOKOH MAAL HIJRAH JOHOR

  Tiada apa yang lebih istimewa buat Jainudin Mt Sum, bekas Hakim Mahkamah Syariah Negeri Johor dengan tempoh perkhidmatan lebih tiga dekad apabila dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1446H Peringkat Negeri Johor.   Pengiktirafan yang diterima disifatkan oleh bapa kepada lima cahaya mata itu sebagai penghargaan terhadap perundangan syariah seterusnya memberi semangat kepadanya untuk memperkasa […]

INGATAN BERHIKMAH PEMANGKU SULTAN JOHOR

  Di sebalik keperibadian tegas dan kelantangan menzahirkan pandangan serta nasihat penuh hikmah, Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor memiliki budi pekerti mulia yang amat disenangi dan menjadi suri teladan Bangsa Johor terutama golongan belia.   Berkongsi pengalaman mengadap DYAM Tunku Mahkota Ismail bagi mempersembah cadangan aktiviti belia, Mohammad Aliff […]

EKONOMI JOHOR BERKEMBANG 4.1 PERATUS

  Prestasi ekonomi Johor terus mengalami pertumbuhan memberangsangkan iaitu 4.1 peratus tahun lalu berbanding tahun sebelumnya apabila merekodkan peningkatan nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak RM148.2 bilion pada 2023 ketimbang RM142.4 bilion pada 2022.   Sektor perkhidmatan mendominasi dengan sumbangan sebanyak 54.0 peratus diikuti pembuatan (29.8 peratus), pertanian (11.6 peratus), pembinaan (3.0 peratus) manakala […]

JOHOR SEDIA JADI HAB PUSAT DATA SERANTAU

  Pengoperasian fasiliti penyedia perkhidmatan pusat data terkemuka di Asia, Princeton Digital Group (PDG) di Taman Teknologi Sedenak (STeP 1) memacu Johor berada di landasan yang tepat sebagai hab pusat data terbesar di Asia Tenggara.   Pembukaan fasiliti fasa pertama pusat data hiperskala 150 megawatt (MW) melibatkan pelaburan bernilai RM2 bilion itu dijangka menyediakan 500 […]

TABUNG KASIH JOHOR-PALESTIN 2.0 AKAN DILANCARKAN

  Menginsafi penderitaan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, Kerajaan Johor terus menzahirkan solidariti dan keprihatinan sekali gus bakal melancarkan Tabung Kasih Johor-Palestin 2.0 untuk memberi kemudahan kepada orang ramai menghulur sumbangan bagi meringankan beban umat Islam di sana.   Menerusi tabung berkenaan, bantuan kemanusiaan akan disampaikan dalam bentuk barangan berbanding wang tunai seperti sebelum ini […]

KERAJAAN NEGERI PEDULI ORANG MUDA JOHOR

  Golongan belia disaran memanfaatkan penganjuran Jelajah Aspirasi Orang Muda Johor ke 10 daerah anjuran Kerajaan Negeri dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) untuk menyuarakan aspirasi masing-masing sekali gus membuang stigma seolah-olah pandangan dilontarkan tidak didengari.   Sejak tahun 2021 hingga 2024, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan signifikan iaitu RM250.1 juta yang diterjemahkan dengan […]

ANAK SYARIKAT JOHOR PLANTATIONS GROUP DIIKTIRAF STATUS BIONEXUS

  JPG Greenergy Ventures Sdn. Bhd. dianugerahkan Status BioNexus oleh Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corporation), agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).   Status BioNexus memperkasa syarikat-syarikat yang layak untuk mempercepatkan pertumbuhan dalam sektor bioteknologi dengan manfaat termasuk insentif fiskal, pembiayaan, fasilitasi pelaburan dan perkhidmatan nasihat.   Anak syarikat Johor Plantations Group […]