Artikel oleh Muhammad Imran Mohd Razib

90 TAN SISA BANJIR DIKUTIP DI KOTA TINGGI

  Sebanyak 90,000 kilogram (kg) sisa sampah banjir di Kota Tinggi dikutip dan dibersihkan menerusi Operasi Pembersihan Pasca Banjir yang dilaksanakan bermula Jumaat lalu.   Operasi yang membabitkan 130 anggota kerja SWM Environment Kota Tinggi, Iskandar Puteri dan Pasir Gudang itu melibatkan kerja pengutipan sampah di kawasan terjejas banjir sebelum ini yang membabitkan Taman Kota […]

SASAR 2 JUTA RAKYAT JOHOR DAFTAR PADU

  Seramai 112,524 rakyat Johor sudah membuat pendaftaran di Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) sehingga kelmarin sejak ia dilancarkan pada 2 Januari lalu.   Jumlah ini dijangka akan terus meningkat dengan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Johor akan terus bergerak aktif bagi menggalakkan lebih ramai rakyat negeri ini mendaftar sistem PADU sehingga penghujung Mac depan. […]

KERAJAAN JOHOR DAN PERSEKUTUAN TERUS KOMITED ATASI KESESAKAN DI PINTU SEMPADAN

  Isu kesesakan pintu sempadan negara di negeri ini sentiasa diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan dalam usaha untuk melancarkan aliran trafik di kedua-dua hala termasuk di lokasi Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).   Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan […]

157 MAHASISWA DILANTIK DUTA PERPADUAN JOHOR 2.0

  Seramai 157 mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dilantik menjadi Duta Perpaduan Johor 2.0 bagi meneruskan inisiatif penting dalam usaha mengukuhkan nilai perpaduan sesama masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.   Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon memaklumkan, mahasiswa yang terpilih akan mendukung semangat perpaduan dan nilai kebersamaan antara kaum menerusi […]

METMALAYSIA TAMATKAN AMARAN HUJAN BERTERUSAN

  Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini menamatkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa daerah di Negeri Johor.   Berdasarkan analisis corak model cuaca terkini, mendapati keadaan cuaca akan bertambah baik serta tiada potensi hujan berterusan berlaku berbanding ramalan cuaca sebelum ini.   Semalam, METMalaysia telah mengeluarkan amaran hujan berterusan pada tahap waspada melibatkan […]

IRDA SEDIA MANFAATKAN PELAKSANAAN JS-SEZ

  Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia (IRDA) menyambut baik dan mahu memanfaatkan pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) selepas perjanjian antara Malaysia dan Singapura telah dimeterai.   Ketua Eksekutif IRDA, Dato’ Dr. Badrul Hisham Kassim dalam satu kenyataan memaklumkan, JS-SEZ akan mendatangkan peluang dan kelebihan besar kepada Iskandar Malaysia sebagai satu destinasi pelaburan domestik […]

ZON EKONOMI KHAS JOHOR-SINGAPURA DIMETERAI

  Memorandum persefahaman bagi mewujudkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah dimeterai secara rasminya hari ini.   Perjanjian tersebut ditandatangani antara Menteri Ekonomi Malaysia, Rafizi Ramli dan Menteri Perdagangan dan Perusahaan Singapura, Gan Kim Yong.   Majlis menandatangani memorandum berkenaan disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya Dato’ Lee Hsien […]

KERAJAAN JOHOR PASTIKAN PENGURUSAN BENCANA BANJIR SISTEMATIK

  Kerajaan Johor sentiasa memastikan setiap pengurusan bencana banjir di negeri ini akan dapat dikendalikan secara sistematik dan lancar bagi memastikan tiada mangsa yang tersisih daripada mendapat bantuan.   Setiausaha Kerajaan Johor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani memaklumkan, gerak kerja Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri bukan hanya […]

PASUKAN SOUTHERN VOLUNTEERS KOTA ISKANDAR DILANCAR

  Sebanyak 30 agensi dan jabatan di pusat pentadbiran Kerajaan Johor dekat Kota Iskandar akan menganggotai pasukan Southern Volunteers (SV) Kota Iskandar.   Kesemua jabatan itu perlu menghantar seramai sekurang-kurangnya lima wakil untuk menjadi ahli tetap SV Kota Iskandar bagi membantu gerak kerja berkaitan kesukarelawanan.   Pelancaran pasukan sukarelawan itu telah disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan […]

TEKNOLOGI SIRIM BEKAL AIR BERSIH KEPADA MANGSA BANJIR

  Sistem penapisan air mudah alih dihasilkan SIRIM Berhad (SIRIM) akan digunakan di kawasan terputus bekalan air terawat akibat banjir termasuk di negeri ini.   Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberitahu inovasi berkenaan bagi menyediakan bekalan air bersih kepada mangsa banjir termasuk di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).   Selain itu, Agensi […]