Artikel oleh Muhammad Imran Mohd Razib

NADMA SALUR RM50 JUTA BANTU MANGSA BANJIR JOHOR

  Kerajaan Persekutuan menyalurkan RM50 juta kepada Kerajaan Johor melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi membantu mangsa banjir di negeri ini.   Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bantuan awal tersebut akan diagihkan kepada mangsa banjir disenaraikan oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).   Beliau juga mahu pembayaran dibuat segera […]

ISKANDAR MALAYSIA CATAT RM409.5 BILLION PELABURAN TERKUMPUL

  Iskandar Malaysia berjaya merekodkan pelaburan terkumpul bernilai RM409.5 bilion sepanjang tempoh 17 tahun penubuhannya iaitu sejak 2006 hingga September 2023.   Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Dato’ Dr. Badrul Hisham Kassim memaklumkan pencapaian berkenaan melepasi sasaran RM383 bilion ditetapkan di dalam Pelan Pembangunan Komprehensif (CDP) 2006-2025.   Prestasi cemerlang itu berikutan […]

JAKOA NEGERI JOHOR AGIH BAKUL MAKANAN KEPADA 130 KIR DI MERSING

  Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Johor mengagihkan 130 bakul makanan kepada ketua isi rumah (KIR) masyarakat Orang Asli yang terjejas banjir di Mersing.   Pengarahnya, Faisal Long memaklumkan agihan dilakukan dengan kerjasama Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Mersing dan agensi keselamatan.   Kesemua KIR dari KOA Punan dan KOA Tewowoh menerima bantuan […]

JOHOR – SARAWAK KONGSI KEPAKARAN DAN PENGALAMAN

  Kerajaan Johor komited meneroka teknologi, inovasi dan sistem baharu bagi membina lebih banyak infrastruktur berimpak tinggi serta berdaya tahan.   Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh memaklumkan usaha tersebut amat signifikan terutama dalam membantu usaha meningkatkan kualiti prasarana di negeri ini.   Bagi tujuan itu, beliau telah […]

PENGERUSI FELDA PUJI USAHA KERAJAAN JOHOR

  Ikhtiar Kerajaan Johor dalam memastikan peneroka FELDA di negeri ini, menerima geran hak milik tanah mendapat pujian.   Pengerusi FELDA, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek menzahirkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Negeri atas komitmen memberikan hak milik kepada peneroka.   Sehingga kini, Kerajaan Johor sudah membantu 27,132 daripada 27,642 peneroka untuk menerima geran hak milik […]

312 GENERASI KEDUA FELDA TENGGAROH 1 TERIMA HAK MILIK TANAH

  Terpancar raut wajah penuh kesyukuran dan kegembiraan 312 generasi kedua FELDA Tenggaroh 1, Mersing apabila menerima hak milik tanah masing-masing untuk membangunkan kediaman sendiri sekali gus mengakhiri penantian selama empat tahun.   Penyampaian hak milik berkenaan disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi pada Majlis Penyerahan Hakmilik Tapak Bangunan (Rumah Kediaman) Generasi Kedua […]

KERAJAAN JOHOR PRIHATIN ELAUN PETUGAS MASJID, SURAU

  Seiring dengan strategi memperkukuh tadbir syiar Islam, Kerajaan Johor sentiasa menghargai dan mengiktiraf peranan petugas masjid dan surau terutama melibatkan elaun kepada Imam, Bilal dan Noja di negeri ini.   Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid memaklumkan Kerajaan Negeri sentiasa melakukan kajian bagi menambah baik bayaran elaun khususnya […]

MENTERI BESAR JOHOR NASIHAT RAKYAT PATUH ARAHAN PIHAK BERWAJIB

  Bangsa Johor dinasihatkan supaya sentiasa bersiap siaga dan mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari masa ke semasa demi keselamatan mereka terutama ketika menghadapi musim tengkujuh.   Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi memaklumkan, semua wakil rakyat dan pegawai daerah juga kini berada dalam situasi mod bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan […]

31 LOKASI BAKAL GUNA ‘GLOW IN THE DARK’

  Kerajaan Johor terus komited meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya terutama di laluan yang masih belum menerima kemudahan elektrik dan lampu jalan.   Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi memaklumkan, sehingga kini terdapat 31 jalan negeri di seluruh Johor telah dikenal pasti sebagai laluan yang memerlukan pencahayaan dan teknologi garisan jalan bercahaya dalam […]