Artikel oleh Mohamad Nur Ariff Nasseem Mohd Murad

PEMBANGUNAN PROJEK FOREST CITY LANCAR SEPERTI DIRANCANG

  ISKANDAR PUTERI — Forest City komited meneruskan projek mega pembangunan bercampur di atas empat pulau buatan dengan keluasan lebih 7,000 ekar sepertimana pelan induk yang diluluskan.   Rancangan jangka panjang Forest City untuk membangunkan sebuah pembangunan mampan di kawasan terbabit tidak pernah berubah meskipun pasaran hartanah global agak perlahan kesan pandemik COVID- 19.   […]

KERAJAAN JOHOR KOMITED PASTIKAN OPERASI PINTU MASUK NEGARA LANCAR

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor terus memberikan perhatian terhadap infrastruktur dan prasarana di dua Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) bagi melancarkan pengoperasian pintu sempadan negara di negeri ini.   Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, satu mesyuarat telah diadakan antaranya bersama Menteri Besar, […]

ORANG MUDA PERLU BIJAK MENGURUS KEWANGAN

  JOHOR BAHRU — Orang muda dinasihatkan supaya bijak menguruskan kewangan di usia berkenaan terutama melibatkan pembelian hartanah.   Perunding Kewangan, Shamsuddin Kadir berkata, golongan terbabit seharusnya fokus memiliki hartanah berbanding keinginan peribadi yang bukan menjadi keperluan.   “Orang muda tidak perlu miliki gajet yang canggih melainkan anda pencipta kandungan digital sebaliknya usahakan untuk membeli […]

30 ‘ECO WARRIORS’ SERTAI PROGRAM ECO LESTARI

  ISKANDAR PUTERI — Seramai 30 pelajar yang digelar ‘Eco Warriors’ terlibat dalam Program Eco Lestari anjuran Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ), baru-baru ini.   Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh berkata, program itu masih dalam tempoh percubaan yang melibatkan tiga sekolah terpilih di sekitar Gelang Patah, […]

KERAJAAN JOHOR, PAJ SERTA PBT JALIN KERJASAMA PERKASA BMJ

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Negeri Johor, Perbadanan Awam Negeri Johor (PAJ) serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jalin kerjasama memperkasa perkhidmatan bas percuma menerusi Majlis Menandatangni Dokumen Perjanjian Bas Muafakat Johor (BMJ) di Renaissance Hotel, Johor Bahru, pada Selasa.   Menerusi perkongsian di laman rasmi Facebook PAJ, kerjasama itu bagi menjadikan mod pengangkutan awam sebagai […]

STESEN TELEMETRI PANTAU ENAM SUNGAI JOHOR

  KULAI — Enam stesen telemetri siap dibina dan beroperasi bagi membuat pemantauan kualiti air secara berkala menggunakan teknologi geospatial secara dalam talian ke atas sungai di negeri ini.   Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, kesemua stesen tersebut dibina di Sungai Skudai, Sungai Semangar, […]

LALUAN ALTERNATIF FOREST CITY DIBUKA LEBIH AWAL

  KULAI — Laluan alernatif yang sedang dibina susulan kejadian mendapan tanah di Jalan Forest City-Lebuh Tanjung Pelepas dibuka lebih awal untuk digunakan untuk pengguna lalu lintas, hari ini.   Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata pembukaan laluan alternatif itu dipercepatkan daripada perancangan asal berdasarkan […]

KERAJAAN NEGERI MENJUNJUNG TITAH DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Negeri menjunjung titah DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim mengenai isu keselesaan dan kemudahan yang dialami mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat.   Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata satu mesyuarat penyelarasan usul berbangkit […]

JDT NAIK 126 TANGGA, KINI RANKING DI KE-447 DUNIA

  ISKANDAR PUTERI — Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kini berada di tangga ke-447 dunia selepas melonjak naik 126 tangga dalam ranking kelab dunia sejak awal tahun lalu.   Menerusi perkongsian di laman Facebook JOHOR Southern Tigers, kedudukan itu juga menjadikan JDT kini berada di kedudukan ke-31 Asia dan tempat kedua di Asean […]

500 PESERTA SERTAI 113 TRIATHLON

  ISKANDAR PUTERI — Seramai 500 peserta menyertai 113 Triathlon Desaru 2023 berlangsung di Lotus Desaru Resort, dekat Bandar Penawar.   Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, K. Raven Kumar berkata, acara berkenaan sudah memasuki edisi kelapan pada tahun ini.   Menurutnya, tiga kategori perlumbaan dipertandingkan iaitu 113 Triathlon, 113 Sprint […]