GOTONG ROYONG ERAT KERJASAMA, GALAK AKTIVITI KESUKARELAWANAN


Kira-kira 200 peserta sertai Program Gotong Royong Perdana Pembersihan Kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu, Kangkar Pulai anjuran bersama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dan Yayasan Penyayang Iskandar Puteri. | Foto Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.

 

 

Program Gotong Royong Perdana Pembersihan Kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu, Kangkar Pulai anjuran bersama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dan Yayasan Penyayang Iskandar Puteri berlangsung meriah dengan penyertaan kira-kira 200 peserta, semalam.

 

Bermula seawal jam 7 pagi, aktiviti pembersihan itu telah disertai oleh sukarelawan dari Southern Volunteers Negeri Johor; Southern Volunteers Iskandar Puteri; Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) MBIP berserta penduduk setempat.

 

Turut bersama dalam aktiviti gotong royong tersebut adalah YB Dato’ Mohd Haffiz Ahmad, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri; YB Datuk Pandak Ahmad, Ahli Dewan Negeri Johor Kawasan Kota Iskandar serta YBhg. Muzaldin Mohamed, Pegawai Daerah Johor Bahru.

 

Selain dapat memupuk dan menggalakkan semangat kesukarelawanan terutama menjelang Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, program dianjurkan juga menjadi platform pengukuhan ukhwah serta jalinan kerjasama antara semua pihak yang terlibat.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor